Friday, October 24, 2008

waqaf pada akhir kalimah

Waqaf dari segi :
• Bahasa : berhenti atau menahan.
• Istilah : menghentikan sementara bunyi sesuatu kata, sehingga memungkinkan
untuk bernafas,berhenti dari memberi harakat/baris pada huruf.

والاسكان أصل الوقف وهو اشتقاقه من الوقف عن تحريك حرف تعزلا

• Asal waqaf adalah sukun ( السكون )
• Ar-raum dan Al-Isymam adalah daripada cabang/wajah waqaf.

وعند أبى عمرو وكوفيون به من الروم والإشمام سمت تجملا
وأكثر أعلام القران يراهما لسائرهم أولى العلائق مطولا

• Abu Amru dan AL-KUFIYYUN mewaqafkan bacaan dengan dengan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam berdasarkan riwayat yang baik.
• Sebahagian besar Ahlul Ada mewaqafkan dengan bacaan Ar-Raum dan Al-
Isymam untuk seluruh Imam Qiraat.

KESIMPULAN

• Seluruh Imam Qiraat ( Imam Tujuh ) membolehkan menggunakan bacaan Ar-
Raum dan Al-Isymam ketika waqaf pada suatu bacaan.
• Hanya Imam Abu Amru dan AL-KUFIYYUN( ASIM, HAMZAH, KISAIE ) mempunyai
nas yang bagus dan jelas.
• Baqi Qurra’ iaitu Nafi’, Ibnu Kasir dan Ibnu Amir, walaupun tidak mempunyai nas,
namun oleh kerana sebahagian Ahlul Ada daripada mereka menggunakannya,
maka bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam masih tetap digunakan.














AR-RAUM ( الروم )
Ar-Raum ialah memperdengarkan bunyi harakat/baris huruf yang hendak diwaqafkan dengan suara lemah ketika waqaf, sehingga orang berdekatan atau bersebelahan sahaja yang memungkinkan untuk mendengarnya.
Dalil Syatibiyyahnya:

ورومك إسماع المحرك واقفا بصوت خفي كل دان تنولا

Bacaan Ar-Raum terjadi apabila:
Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah atau kasrah.
Bacaan Ar-Raum hanya ketika waqaf.
Hanya sepertiga bunyi huruf asal dapat didengar.
Hanya orang yang berdekatan pembaca Al-Quran dapat mendengarnya.


AL-ISYMAM ( الإشمام )
Al-Isymam ialah memucungkan kedua-dua bibir tanpa suara ketika mewaqafkan bacaan,serta merta mengiring seleas sukunnya huruf.
Dalil Syatibiyyahnya:

والإشمام إطباق الشفاه بعيدما يسكن لا صوت هناك فيصحلا
Syarat-syaratnya:
Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah.
Huruf diwaqafkan menjadi sukun.
Memuncungkan kedua bibir tanpa suara serta merta selepas mensukunkan huruf.
Bacaan Isymam tak diketahui oleh orang yang buta.


وفعلها في الضم والرفع وارد ورومك عند الكسر والجر وصلا

• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris dhommah,
seluruh Imam Qiraat mempunyai 3 wajah:
As-Sukun
Al-Raum
Al-Isymam










• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris kasrah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 2 wajah:
As-Sukun
Ar-Raum

• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris fathah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 1 wajah/bacaan,iaitu As-Sukun.

وفي هاء تأنيث وميم الجميع قل وعارض شكل لم يكون ليدخلا
وفي الهاء للاضمار قوم أبو هما ومن قبله ضم أو الكسر مثلا
أوا ما هما واو وياء وبعضهم يرى لهما فى كل حال محللا
• Bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam tidak boleh digunakan pada Ha’ Ta’ nis, Mim
Jama’ dan harakat yang mendatang( ‘Arid ).

1. Ha’ Ta’ nis
a) Ta’ marbutoh( tidak boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam)
contoh: رحمة- نعمة

b) Ta’ Ta’ nis terbuka( boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam bagi
imam yang waqaf dengan ta’ )
contoh: ورحمت – بقيت الله

2. Mim Jama’
contoh: عليكم

3. Harakat yang mendatang( ‘Arid )
contoh: فلينظر الإنسان

• Sebahagian Ahlul Ada melarang menggunakan bacaan Ar-Raum mahupun Al-
Isymam pada Ha’ Dhamir, apabila sebelumnya berupa dhommah,kasrah/ waw
sukun, ya sukun.
• Namun sebahagian Ahlul Ada yang lain tetap menggunakan bacaan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam pada Ha’ Dhamir,dalam semua keadaan.






WAQAF PADA TULISAN MUSHAF USMANY
__________________________________________________________________________

وكوفيهم والمزني ونافع عنوان باتباع الخط فى وقف الابتلا
ولابن كثير يرتضى وابن عامر وما اختلفوا فيه حر أن يفصلا
إذا كتبت بالتاء هاء مؤنث فبالهاء قف حقا رضى ومعولا
وفي اللات مع مرضات مع ذات بهجة ولات رضى هيهات هاديه رفلا

• AL-KUFIYYUN, AL-MAZINY( Abu Amru ) dan Nafi’ mengharuskan mengikut
Resam Usmany ketika waqaf dalam dua keadaan:
وقف إختباري
وقف إضطراري

• Ibnu Kasir, Abu Amru dan Al-kisaie mewaqafkan Ha’ Ta’ nis yang ditulis ta’ dalam
mushaf Usmany dengan ha’.
• Baqi Qurra’ tetap membaca dengan ta’ seperti kaedah asalnya.
• Adapun tempat-tempat Ha’ Ta’ nis dalam mushaf seperti berikut:
Lafaz رحمت ; 7 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Al-Baqarah ayat 218
Lafaz نعمت ; 11tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Al-Baqarah ayat 231
Lafaz سنت ; 5 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Fatir ayat 43
Lafaz امرأت ; 7 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Ali Imran ayat 35
Lafaz بقيت ; surah Hud ayat 86
Lafaz قرت; surah Al-Qasas ayat 9
Lafaz فطرت; surah Ar-Rum ayat 30
Lafaz شجرت; surah Ad-Dukhan ayat 43
Lafaz لعنت; surah An-Nur ayat 7
Lafaz ابنت ; surah At-Tahrim ayat 12
Lafaz جتت ; surah Al-Waqiah ayat 89
Lafaz معصيت ; surah Al-Mujadalah ayat 8 dan 9
Lafaz كلمت ; surah Al-A’raf ayat 115

• Al-kisaie mewaqafkan dengan ha’ kalimah berikut:
اللت – مرضات – ذات – ولات
• Al-Bazzi dn Al-Kisaie mewaqafkan dengan ha’ pada kalimah هيهات

وقف يا أبه كفوا دنا وكأين الوقوف بنون وهو بالياء حصلا
ومال لدى الفرقان والكهف والنساء وسال على ماحج والخلف رتلا
ويا أيها فوق الدخان وأبها لدى النور والرحمن رافقن حملا
وفي الها على الإتباع ضم ابن عامر لدى الوصل والمرسوم فيهن أخيلا

• Ibnu Amir dan Ibnu Kasir mewaqafkan يأبت dengan bacaan يأبه .
• Pada lafaz كأين,semua Imam Qiraat mewaqafkan dengan ‘nun’,kecuali Abu
Amru dan Ibnu Amir mewaqafkan dengan ‘ya’.

• Lafaz مال yang terdapat dalam surah Al-Furqan, Al-Kahfi, An-Nisa, dan Al-Maarij,
Abu Amru mewaqafkan pada ما , sedangkan Al-Kisaie terdapat khilaf.

• Al-Kisaie dan Abu Amru mewaqafkan يأيه dengan bacaan يأيها, iaitu kekalkan alif.
• Ibnu Amir membaca أيه dengan dhommah ha’ apabila wasal.







وقف ويكأنه ويكأن برسمه وبالياء قف رفقا وبالكاف حللا
وأيا بأياما شفا وسواهما بما وبوادى النمل باليا سنا تلا
وفيمه وممه قف وعمه لمه بمه بخلف عن البزى وادفع مجهولا


• Al-Kisaie apabila waqaf pada ويكأنه – ويكأن ,membaca dengan وى ,iaitu
ya’,sedangkan Abu Amru membaca dengan bacaan ويك ,iaitu kaf.

• Hamzah dan Al-Kisaie mewaqafkan lafaz أياما pada أيا ,sedangkan selain mereka
waqaf pada ما .
• Untuk lafaz واد dalam surah An-Naml ,Abu Haris dan Duri Kisaie waqaf
menggunakan huruf ya.
• Lafaz لم - عم – مم - فيم - بم dibaca dengan bacaan لمه - عمه – ممه – فيمه - بمه oleh Al-Bazzi ketika waqaf ,namun bacaannya terdapat khilaf.


Anis Sakinah

4 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaykum...

Akhii, apa kitab referensi yang anta gunakan?, Mohon beritahu ana.

Jazakallah.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalammualaikum apakah maksud sukun mahdi

Dani Sahputra Ritonga said...

Contoh bacaannya kurang lengkap