Saturday, October 25, 2008

bab ya zawaid

دونك ياءات تسمى زوئدا لأن كن عن خط المصاحف معزلا

Penerangan :

Definisi ya’at zawaid : ya zawaid adalah ya’ yang ditambah di hujung sesuatu perkataan dalam resam mushaf uthmani.
4 perbezaan diantara ya’ zawaid dan ya’ izafah :
1. Ya’at zawaid hanya terdapat di dalam isim dan fe’el ( nama + perbuatan )
Contoh isim : الداع - الجوار
Contoh fe’el : يأت – يسر
Manakala ya’ izafah boleh dijumpai dalam isim, fe’el dan huruf.
2. Ya’at zawaid tidak ditulis dalam resam uthmani berbanding ya’at izafah yang tetap dalamnya.
3. Khilaf yang selalu diutarakan dalam bab ya’at zawaid adalah mengenai : hazaf dan isbat ( pembuangan dan penambahan ) manakala dalam ya’at izafah membincangkan tentang pembacaan ya’ dengan baris sukun atau fathah.
4. Ya’at zawaid ada 2 jenis :
· Ya’at zawaid asli : adalah ya’ yang datang dari kalimahitu sendiri.
Contoh : المنادئ – يوميأت

· Ya’at zawaid za’idah : ya’ yang ditambah pada sesuatu kalimah dan bukannya dari kalimah asli itu sendiri.
Contoh : وعيد – نذر
Ya’at zawaid dinamakan sebagai ya’zaidah kerana penulisannya tiada dalam mushaf. Ya’at izafah adalah ya’ yang ditambah semata-mata dan bukannya ya’ yang asli.
Bait kedua dan ketiga
Penerangan :
Kaedah-kaedah umum bagi mazhab qura’ dalam menambah atau membuang ya’at zawaid:
1. Apa yang akan disebutkan tentang Ibnu Kathirdalam bab ini ( bab ya’at zawaid ). Beliau menambahkan ya’ dalam keadaan wasal dan waqaf.
2. Hisyam menambah pada tempat yang telah ditambah ya oleh Ibnu Kathir dalam kedua-dua keadaan wasal dan waqaf dengan khilaf.
3. Hamzah menambah apa yang telah ditambah oleh Ibnu Kathir dari ya’ dalam keadaan wasal. Beliau menghazafkan ya’ ketika waqaf kecuali pada kalimah
قال أتمدونن بمال beliau menambah ya’ dalam kedua-dua keadaan.
4. Abu ‘Amru, Nafi’ dan Kisae menambah ya’ mengikut apa yang ditambah oleh Ibnu Kathir dalam keadaan wasal dan menghazafkannya katika waqaf.
5. Baki Qura’menghazafkan ya’ dalam kedua-dua keadaan kecuali pada sesetengah kalimah.
Keseluruhan jumlah ya’ zawaid dalam bab ini ada 62.

1 comment:

Unknown said...

Boleh bagi 1 cth perbezaan ayat antara ya idhafah Dan ya zawaid