Saturday, October 25, 2008

bab ya zawaid

دونك ياءات تسمى زوئدا لأن كن عن خط المصاحف معزلا

Penerangan :

Definisi ya’at zawaid : ya zawaid adalah ya’ yang ditambah di hujung sesuatu perkataan dalam resam mushaf uthmani.
4 perbezaan diantara ya’ zawaid dan ya’ izafah :
1. Ya’at zawaid hanya terdapat di dalam isim dan fe’el ( nama + perbuatan )
Contoh isim : الداع - الجوار
Contoh fe’el : يأت – يسر
Manakala ya’ izafah boleh dijumpai dalam isim, fe’el dan huruf.
2. Ya’at zawaid tidak ditulis dalam resam uthmani berbanding ya’at izafah yang tetap dalamnya.
3. Khilaf yang selalu diutarakan dalam bab ya’at zawaid adalah mengenai : hazaf dan isbat ( pembuangan dan penambahan ) manakala dalam ya’at izafah membincangkan tentang pembacaan ya’ dengan baris sukun atau fathah.
4. Ya’at zawaid ada 2 jenis :
· Ya’at zawaid asli : adalah ya’ yang datang dari kalimahitu sendiri.
Contoh : المنادئ – يوميأت

· Ya’at zawaid za’idah : ya’ yang ditambah pada sesuatu kalimah dan bukannya dari kalimah asli itu sendiri.
Contoh : وعيد – نذر
Ya’at zawaid dinamakan sebagai ya’zaidah kerana penulisannya tiada dalam mushaf. Ya’at izafah adalah ya’ yang ditambah semata-mata dan bukannya ya’ yang asli.
Bait kedua dan ketiga
Penerangan :
Kaedah-kaedah umum bagi mazhab qura’ dalam menambah atau membuang ya’at zawaid:
1. Apa yang akan disebutkan tentang Ibnu Kathirdalam bab ini ( bab ya’at zawaid ). Beliau menambahkan ya’ dalam keadaan wasal dan waqaf.
2. Hisyam menambah pada tempat yang telah ditambah ya oleh Ibnu Kathir dalam kedua-dua keadaan wasal dan waqaf dengan khilaf.
3. Hamzah menambah apa yang telah ditambah oleh Ibnu Kathir dari ya’ dalam keadaan wasal. Beliau menghazafkan ya’ ketika waqaf kecuali pada kalimah
قال أتمدونن بمال beliau menambah ya’ dalam kedua-dua keadaan.
4. Abu ‘Amru, Nafi’ dan Kisae menambah ya’ mengikut apa yang ditambah oleh Ibnu Kathir dalam keadaan wasal dan menghazafkannya katika waqaf.
5. Baki Qura’menghazafkan ya’ dalam kedua-dua keadaan kecuali pada sesetengah kalimah.
Keseluruhan jumlah ya’ zawaid dalam bab ini ada 62.

bab mazhab qura' pada ya idhofah

YA’AT IZAFA
Dalil As-Syatib:
1. وليست بلام الفعل ياء اضافة وما هي من نفس الاصول فتشكلا
2. ولكنها كا لهاء والكاف كل ما تليه يرى للهاء والكاف مد خل

Penerangan :
Definisi : Ya Izafah adalah ya zaidah (ya yang ditambah) kepada kalimah asli. Ya tersebut tidak duduk sebagai lam feel dalam kalimah.
Alamat Ya Izafah : Boleh menukar huruf ya tersebut kepada huruf kaf atau ha.
Contoh : 1.فطرني – فطرك – فطره
2.ضيفي – ضيفك – ضيفه
3. لعلي – لعلك – لعله
Ya yang terletak pada kalimah sebagai lam feel adalah ya asli untuknya dan tiada sebarang khilaf dalamnya.
Contoh : 1.الداعي
2.المهتدي

6 BAHAGIAN YA’AT IZAFAH :
1.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ maftuhah ( أ ) terdapat dalam 99 tempat.
Contoh :انى أخا ف
2.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ maksurah ( أ ) terdapat dalam 52 tempat.
Contoh :وحزنى الى الله
3.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ mazmumah ( أ ) terdapat dalam 10 tempat.
Contoh : انى أمرت
4.Ya Izafah yang selepasnya alif lam ta’rif ( ال ) terdapat dalam 14 tempat.
Contoh : عبا دى الصلحون
5.Ya Izafah yang selepasnya hamzah wasol mufrodah ( ا ) terdapat dalam 7 tempat.
Contoh :انى أصطفيتك
6.Ya Izafah yang selepasnya huruf-huruf selain dari hamzah qata’ atau hamzah wasol terdapat dalam 30 tempat.
Contoh :ومحيا ى ومما تى لله

JUMLAH YA IZAFAH.
Dalil As-Syatibi :
وفي مائتي ياء وعشر منيفة وثنتين خلف القوم أحكيه مجملا .3
Penerangan :
7 qura’ mempunyai 212 ikhtilaf dalam ya’at izafah.

BAHAGIAN PERTAMA :
Dalil As-Syatibi :
فتسعون مع همز بفتح و تسعها سما فتحها الا مواضع هملا .4
فأرني وتفتني اتبعني سكونها لكل وترحمني أكن ولقد جلا .5

Penerangan :
Ya Izafah yang datang selepasnya hamzah qata’ maftuhah terdapat dalam 99 tempat dalam al-quran. Ahlu Sama’ (Nafi’,Ibnu Kathir,Abu A’mru) akan membaca ya tersebut dengan baris fathah. Qura’ lain akan menyertai mereka pada sesetengah tempat.Contoh :



Pengecualian :
Ya yang datang selepasnya hamzah qata’ akan dibaca dengan baris fathah oleh ahlu sama’ pada 4 tempat di bawah,qura’ yang lain akan mensukunkan ya pada 4 tempat tersebut.
1. قا ل رب أرني أنظر اليك (Surah A’raf)
2. ولا تفتني الا فى الفتنة سقطو(Surah Taubah)
3.فاتبعني أهدك صراطا سويا (Surah Maryam)
4. والا تغفرلي وترحمنى أكن من الخسرين (Surah Hud)

Dalil As-Syatibi :
د واء وأوزعني معا جا د هطلا .6 وادعونى ا ذ كرني فتحها ذ روني

Penerangan :
§ Imam Ibnu Kathir membaca ya dengan baris fathah pada 3 tempat di bawah :
1. ذروني أ قطل مو سى (Surah Ghafir)
2.ادعونى أستجب لكم (Surah Ghafir)
3.فا ذ كرونى أ ذ كركم (Surah Al-Baqarah)
(Bazzi dan Qunbul mengikut imamnya pada 3 tempat tersebut)
§ Warsh dan Bazzi membaca ya dengan baris fathah pada kalimah :
yang terdapat dalam Surah An-Naml, Surah Ahqaf. Baqi qura’ akan mensukunkan ya pada kalimah tersebut.


Dalil As Syatibi:
7.ليعلونى معه سبيلي لنافع وعنه وللبصري ثمان تنخلا
8.ب يوسف اني الأولان ولي بها وضيفي ويسر لي ودوني تمثلا
9وياءان في اجعل وأربع اذ حمت هداها ولكني بها اثنان وكلا .
10.وتحتي وقل في هود اني أراكمو وقل فطرن في هود هاديه أوصلا
Penerangan:
Nafi membaca Ya dengan baris fathah dalam:
:ليبلوني ءأشكر أم أكفر (Surah Naml)
:قل هذه سبيلى أدعو الى الله (Surah Yusuf)
Qura lain (selain Nafi) akan mensukunkan Ya pada 2 tempat tersebut.

Nafi dan Abu Amru membaca Ya Izafah dengan baris fathah pada 8 tempat:
1.) اني )dalam اني أرني أعصر: Surah Yusuf.
2اني ) )dalam:اني أرانى أحمل Surah Yusuf.
3.(لي )dalam يأ ذن لى أبى : Surah Yusuf.
4.(ضيفى )dalamولاتخزون فى ضيفي أليس: Surah Hud.
5.و يسرلي أمري Surah Taha.
6.( دونى )dalam من دونى أولياء : Surah Kahf.
7. اجعل لى ءاية Surah Al-Imran.
8. اجعل لي ءاية Surah Maryam.

Ya Izafah pada 8 tempat di atas akan di baca dengan baris sukun oleh qura-qura’ lain selain dari Nafi dan Abu Amru.
#قوله:وأربع اذ همت هداها,ولكني بها اثنان وكلا,وتحتي وقل في هود اني أراكمو
Dalil di atas menerangkan bahawa,Nafi,Abu Amru dan Bazzi membaca Ya Izafah pada 4 tempat di bawah dengan baris fathah.
1.ولكني أراكم (Surah Ahqaf)
2.ولكني أراكم (Surah Hud)
3.من تحتي أفلا (Surah Zuhruf)
4.اني أراكم بخير (Surah Hud)
Qura lain akan membaca Ya yang berada pada 4 tempat di atas dengan baris sukun.
#و قوله: وقل فطرن في هود أوصلا
Bazzi dan Nafi membaca Ya Izafah dengan baris fathah dalam Surah Hud,Qura lain akan membacanya dengan baris sukun.

Dalil As-Syatibi:
11.ويخزنني حرميهم تعدانني حشرتني أعمى تأمرونى وصلا

Penerangan:
Hirmiyan(Nafi dan Ibnu kathir)membaca Ya dengan baris fathah pada 4 tempat ini:
1.ليخزنني أن تذهبو به (Surah Yusuf)
2. ) أتعدانني أن أخرجSurah Ahqaf)
3.حشرتني أعمى (Surah Taha)
4. أ فغيرالله تأمروني أعبد(Surah Zumar)
Selain mereka berdua akan membaca Ya pada 4 tempat di atas dengan sukun.

Dalil As-Syatibi:
12.أرهطي سما مولى ومالي سما لوا لعلي سما كفوا معي نفر العلا
13.عماد وتحت النمل عندي حسنه الى دره بالخلف وا فق موهلا

Penerangan:
*Ahlu Sama dan Ibnu Zakwan membaca Ya dengan baris fathah pada ( أرهطي أعز عليكم )Surah Hud,selain mereka membacanya dengan baris sukun.
*Ahlu Sama dan Hisyam membaca Ya dengan baris fathah pada ( و ياقوم ما لي أدعوكم )Surah Gafir, selain mereka membacanya dengan sukun.
*Ahlu Sama dan Ibnu Amir membaca Ya yang berada dalam perkataan ( لعلي )dengan baris fathah pada 6 tempat ini:

1.لعلي أرجع الى الناس (Surah Yusuf)
لعلي آتيكم منها .2 (Surah Taha)
لعلي آتيكم منها.3 (Surah Qisas)
4.لعلي أعمل صالحا (Surah Mu’minun)
5.لعلي أطلع (Surah Qisas)
6.لعلي أبلغ الأسباب (Surah Ghafir)
Selain dari mereka membaca 6 ya di atas dengan baris sukun.

*Ahlu Sama,Ibnu Amir dan Hafs membaca Ya yang berada dalam perkataan( معي )dengan baris fathah pada 2 tempat ini:
1.فقل لن تخرجو معى أبد (Surah Taubah)
2.قل أرءيتم ان أهلكني الله ومن معى أو رحمنا (Surah Al-Mulk)
Syu’bah,Hamzah dan Kisa’e akan membaca Ya pada 2 tempat tersebut dengan sukun.

#و قوله: وتحت النمل عندي حسنه الى دره بالخلف
Abu Amru dan Nafi membaca Ya yang berada dalam perkataan( عندي )dgn baris fathah pada kalimah di bawah tanpa khilaf.
قال انما أوتيته على علم عندي أولم يعلم Surah Qisas.
Ibnu Kathir membaca kalimah di atas dengan baris fathah berserta dengan khilaf,khilaf tersebut disebabkan oleh perbezaan bacaan yang di riwayatkan oleh 2 anak muridnya(Bazzi dan Qunbul)dgn bacaan fathah dan sukun:
*Bazzi membacanya dgn baris sukun
*Qunbul membacanya dgn baris fathah.
Selain dari 99 tempat yang telah di terangkan di atas,hanya Ahlu Sama sahaja yang akan membaca Ya dengan baris fathah manakala Qura lain akan membacanya dengan tanda sukun.



BAHAGIAN KEDUA:
Dalil As-Syatibi:
14. وثنتا ن مع خمسين مع كسرهمزة بفتح أولى حكم سوى ما تعزلا
1بناتى وأنصاري عبادي ولعنتي وما بعده ان شاء بالفتح أهملا . 5

Penerangan:
Ya Izafah yang datang selepasnya hamzah qata maksurah terdapat dalam 52 tempat.

KAEDAH UMUM:
Dalam bahagian ini,Nafi dan Abu Amru akan membaca Ya Izafah dengan baris fathah walaupun sesuatu kalimah itu berbentuk infiradah atau terkeluar dari kaedah yang sebenar.

*فقوله بناتي وانصاري.....البيت
Nafi mengkhususkan bacaan fathah pada ya izafah yang terdapat dalam 5 tempat di bawah:
1.بناتي ان كنتم فاعلين (Surah Hijr)
2.من انصاري الى الله (Surah Al-Imran,Saff)
3.ان اسر بعبادي انكم (Surah Syu’ara)
4.وأن عليك لعنتي الى يوم الدين (Surah Sad)
5.ستجدني ان شاءالله (Surah Kahf,Qisas,Saffat)
Semua Baqi qura termasuk Abu Amru akan membaca YA pada lima tempat di atas dengan baris sukun.

Dalil As-Syatibi:
16.وفي اخوتي ورش يدي عن أولي حمي وفي رسلي أصل كسا وفاي الملا

Penerangan:
Warsy membaca Ya dengan baris fathah pada kalimah: ( وبين اخوتي ان ربي )Surah Yusuf,
Qura lain akan mensukunkan Ya pada kalimah tersebut.

Hafs,Nafi dan Abu Amru membaca Ya pada kalimah :( يدي اليك ) Surah Al-Maidah
Dengan baris fathah,Qura lain selain mereka akan membaca Ya tersebut dengan sukun.

Nafi dan Ibnu Amir membaca Ya dengan baris fathah dalam:( ورسلي ان الله) Surah Mujadalah
Qura lain akan membacanya dengan sukun.

Dalil As-Syatibi:
17.وأمي وأجري سكنادين صحبة دعائي وآبائي لكوف تجملا
18.وحزني وتوفيقي ظلالوكلهم يصدقني انظرني وأخرتني الى
19.وذريتي يدعونني وخطابه ....................................

Penerangan:
Ibnu Kathir,syu’bah,Hamzah dan Kisa’e mensukunkan Ya pada kalimah:
-وأمى الهين (Surah Al-Maidah)
-ان اجرى الا على الله (Surah Yunus)
ان أجري الاعلي رب العلمين – (Surah Syu’ara)
Baqi qura lain akan membaca Ya pada tempat-tempat di atas dengan baris fathah.

#وقوله دعائي وآبائي لكوف تجملا
Kuffiyun(Asim,Hamzah,Kisa’e)membaca Ya dengan baris sukun pada 2 tempat di bawah:
1.فلم يزد هم دعائي الا (Surah Nuh)
2.ملة ءابآءى ابراهيم (Surah Yusuf)
Ahlu Sama dan Ibnu Amir membaca Ya di atas dengan baris fathah.

#وقوله وحزني وتوفيق ظلال
Ibnu Kathir dan Kuffiyun mensukunkan Ya pada kalimah :
-( حزني ) dalam ( وحزني الى الله ) surah yusuf
-( توفيقي ) dalam ( وما توفيقي الا بالله ) surah hud.
Ya di atas di baca dengan baris fathah oleh Nafi’, Abu A’mru dan Ibnu A’mir.

#وقوله وكلهم يصدقني انظرني واخرتني الى...
Ketujuh-tujuh qura’ bersepakat mensukunkan ya pada kalimah-kalimah tersebut.
_يصدقني انى أخاف (Surah Qasas)
_أنظرني الى يوم يبحثون (Surah A’raf)
_فأنظرني الى يوم يبعثون (Surah Hijr)
_لولا أخرتني الى أجل (Surah Munafiqun)
_وأصلح لي في ذريتي اني (Surah Ahqaf)
_مما يدعونني اليه (Surah Yusuf)
_وتدعونني الى النار (Surah Ghafir)
_أنما تدعونني اليه (Surah Ghafir)
Nafi’ dan Abu A’mru membaca ya izafah dengan baris fathah berdasarkan kaedah asli pada baki kalimah yang tidak disebut oleh penulis dalam bait-baitnya.

BAHAGIAN KETIGA
Dalil As-Syatibi :
19................................... وعشر يليها الهمز بالضم مشكل
20.فعن نافح فافتح وأسكن لكلهم بعهدي وآتوني لتفتح مقفلا

Penerangan :
Ya Izafah yang datang selepasnya hamzah qata’ mazmumah terdapat dalam 10 tempat.
Hanya Imam Nafi’ seorang sahaja yang mengkhususkan bacaan ya dengan baris fathah pada 10 tempat tersebut. Selainnya akan membacanya dengan sukun.
1.اني أعيذهابك (Surah Al-Imran)
2.اني أريد أن تبوأ (Surah Al-Maidah)
3.فاني أعذبه عذابا (Surah Al-Maidah)
4.اني أمرت (Surah An’am)
5.اني أمرت (Surah Zumar)
6.قال عذابي أصيب به (Surah A’raf)
7.اني أشهد الله (Surah Hud)
8.أني أوفي الكيل (Surah Yusuf)
9.اني ألقي (Surah Naml)
10.اني أريد أن أنكحك (Surah Qisas)
*Tujuh Qura bersepakat mensukunkan Ya pada 2 tempat ini :
1.وأوفوا بعهدي أوف بعهدكم (Surah Baqarah)
2.ءاتوني أفرغ عليه قطرا (Surah Kahf)

BAHAGIAAN KEEMPAT
Dalil As-Syatibi :
21.وفي اللام للتعريف أربع عشرة فاسكانها فاش وعهدي في علا

Penerangan :
Ya Izafah yang datang selepasnya alif lam ta’rif terdapat dalam 14 tempat.
Imam Hamzah mensukunkan ya pada semua 14 tempat tersebut, Hafs mengikutnya pada 1 tempat sahaja :لاينال عهدى الظالمين (Surah Baqarah).
Baqi qura’ akan membaca ya pada 14 tempat tersebut dengan baris fathah.

Dalil As-Syatibi :
22.وقل لعبادي كان شرعا وفي الندا حمى شاع آياتي كما فاح منزلا
23. فخمس عبادي اعدد و عهدي أرادني وربي الذي أياتي الحلا
24.وأهلكني منها وفي صاد مسني مع الأنبيا ربي في الاعراف كملا

Penerangan :
Ibnu A’mir, Hamzah dan Kisaie mensukunkan ya pada kalimah ( قل لعبادى الذينءامنو ) Surah Ibrahim, selain mereka membacanya dengan baris fathah.

و قوله وفي الندا حمى شاع#
Abu Amru,Hamzah dan Kisa’e akan mensukunkan ya pada kalimah( يا عبادي الذين )yang bersambung dengan Ya Nada pada 2 tempat di bawah:
1.يعبادي الذين ءامنوا ان أرضى وسعة (Surah Ankabut)
2.قل يعبادي الذين أسرفوا (Surah Zumar)
Selain dari mereka akan membaca Ya yang berada dalam kalimah di atas dengan baris fathah.

# وقوله آياتي كما فاح
Ibnu Amir dan Hamzah mensukunkan Ya pada kalimah) سأصرف عن ءايتى الذين )Selain dari mereka akan membaca Ya tersebut dengan baris fathah.

#وقوله فخمس عبادي اعدد
Hamzah membaca Ya dengan baris sukun pada 14 kalimah di bawah,dan telah disebutkan nama –nama qura yang mengikutnya dalam bacaan tersebut pada sesetengah kalimah.
1-5)Perkataan ( عبادي )dalam surah Ibrahim,Ankabut,Zumar,Anbia,Saba.
6)عهدي الظلمين (Surah Baqarah)
7)ان أرادني الله بضر (Surah Zumar)
8)ربي الذي يحي ويميت (Surah Baqarah)
9)ءاتني الكتب (Surah Maryam)
10)سأصرف عن ءايتي الذين (Surah A’raf)
11)ان أهلكني الله (Surah Mulk)
12)مسني الضر (Surah Anbia)
13)مسني الشيطن (Surah Sad)
14)حرم ربي الفوحش (Surah A’raf)
Baqi qura’ membaca semua Ya yang berada dalam 14 kalimah di atas dengan baris fathah.

BAHAGIAN KELIMA:
Dalil As-Syatibi:
25 وسبع بهمز الوصل فردا وفتحهم أخي مع انى حقه ليتني حلا .
26.ونفسي سما ذكري سما قوم الرضا حميد هدي بعدي سما صفوه ولا

Penerangan:
Ya Izafah yang datang selepasnya hamzah wasol mufradah terdapat dalam 7 tempat.(hamzah wasol mufradah ialah hamzah yang tidak bercantum dengannya lam ta’rif)

*Ibnu Kathir dan Abu Amru membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat di bawah,selain mereka akan membacanya dengan sukun.
1.هرون أخى اشددبه (Surah Taha)
2.اني اصطفيتك على الناس (Surah A’raf)

*Hanya Abu Amru seorang sahaja yang membaca Ya dengan baris fathah pada kalimah di bawah:
-يليتني اتخذت (Surah Furqan)

*Nafi,Ibnu Kathir dan Abu Amru membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat ini,selain mereka akan membacanya dengan sukun
1.واصطنعتك لنفسى اذهب (Surah Taha)
2.ولاتنيا فى ذكرى اذهبا (Surah Taha)

*Nafi,Abu Amru dan Bazzi membaca Ya pada kalimah di bawah dengan baris fathah,selain mereka akan membacanya dengan sukun ان قومي اتخذوا :

*Nafi’, Ibnu Kathir, Abu A’mru dan Syu’bah membaca ya pada ayat di bawah dengan baris fathah. Baqi qura’ lain akan mensukunkan ya tersebut.
-من بعدي اسمه أحمد (Surah Saf)

BAHAGIAN KEENAM
Dalil As-syatibi :
27.ومع غير همزة في ثلاثين خلفهم ومحياي جيء با لحلف والفتح خولا

Penerangan :
Ya Izafah yang datang selepasnya salah satu daripada huruf hija’e, kecuali hamzah qata’ dan hamzah wasol.
Khilaf Qura’ dalam bahagian ini terdapat pada 30 tempat :
Contoh : Kalimah ( محياي ) dalam (ونسكي ومحياي) Surah An-A’m
*Warsh mempunyai 2 wajah bacaan (fathah,sukun) pada ya kedua dalam kalimah ( محياي ) di atas.
*7 Qura’ kecuali Nafi’ membacanya dengan baris fathah.
*Qalun membacanya dengan sukun tanpa khilaf.
*Wajah sukun pada ya dalam kalimah ( محياي ) bagi 2 anak murid Nafi’ (Qalun dan Warsh) menerangkan tentang bacaan mad alif maddi yang berada sebelumnya dengan kadar bacaan 6 harkat ketika wasol dan waqaf.



Dalil As-Syatibi :
28.وعم علا وجهي وبيتي بنوح عن لواوسواه عد أصلا ليحفلا

Penerangan :
Nafi’, Ibnu A’mir dan Hafs akan membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( وجهي ) dalam 2 ayat di bawah :
1.فقل أسلمت وجهي لله (Surah Al-Imran)
2. انى وجهت وجهى للذى (Surah An’am)
Selain mereka akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

*Hafs dan Hisham membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( بيتي ) dalam ayat :
- ولمن دخل بيتي مؤمنا (Surah Nuh)
Qura’ lain selain mereka akn mensukunkan ya tersebut.

*Hafs, Nafi’ dan Hisham membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( بيتى ) dalam ayat :
1.أن طهرا بيتى للطآءفين (Surah Baqarah)
2.و طهر بيتى للطآءفين (Surah Haj)
Baqi Qura’ akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

Dalil As-Syatibi :
29.و مع شركائي من ورائي دونوا ولي دين عن هاد بخلف له الحلى

Penerangan :
Ibnu Kathir membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( شركائي ) dan ( ورائي ) dalam surah :
-أين شركآءى قالوا ءاذناك (Surah Fussilat)
- و اني خفت المولى من ورآءى (Surah Maryam)
Baqi qura’ akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.
*Nafi’, Hisham dan Hafs membaca ya pada kalimah ) ولي دين ) dengan baris fathah dalam Surah Kafirun Qaulan Wahidan. Bazzi pula mempunyai 2 wajah ( fathah dan sukun) pada kalimah tersebut.

Dalil As-Syatibi :
30.مماتي أتي أرضي صراطي ابن عامر وفي النمل ملي دم لمن راق نوفلا

Penerangan :
*Nafi’ membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ini :( ومماتي لله رب العلمين ) Surah An’am
Qura’ lain akan mensukunkan ya pada kalimah tersebut.

*Ibnu A’mir membaca ya dengan baris fathah dalam :
-وأن هذا صرطي مستقيما (Surah An’am)
-وأن أرضى وسعة (Surah Ankabut)
Qura’ lain akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

*Ibnu Kathir, Hisham, Kisaie dan A’sim membaca ya dengan baris fathah dalam :
-مالى لآأرى الهدهد (Surah Naml)
Baqi qura’ lain akan mensukunkan ya tersebut.

Dalil As-Syatibi :
31. ولي نعجة ما كان لي اثنين مع معي ثمان علا والظلة الثان عن جلا

Penerangan :
Hafs membaca ya dengan baris fathah dalam :
-ولى نعجة (surah Sad)
-وما كان عليكم (Surah Ibrahim)
-ما كان لى من علم (Surah Sad)
Dan pada perkataan ( معي ) dalm 8 tempat di bawah :
-فأرسل معى بنى اسرآءيل (Surah A’raf)
-معى عدوا (Surah Taubah)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-هذا ذكرمن معى وذكرمن قبلى (Surah Anbia)
-ان معى ربى سيهدين (Surah Syu’ara)
-معى ردءا يصدقنى (Surah Qisas)
Qura’ lain akan mensukunkan ya pada 8 tempat tersebut. Hanya Warsh dan Hafs akan membaca ya yang berada pada tempat kedua di atas dengan baris fathah.

Dalil As-Syatibi :
32.ومع تؤمنوا لي يؤمنوا بي جاويا عبادي صف والحذف عن شاكر دلا

Penerangan :
Warsy membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat di bawah:
-وليؤمنوا بى لعلهم يرشدون (Surah Baqarah)
-وان لم تؤمنوا لى فاعتزلون (Surah Ad-Dukhan)
Qura’ lain akan membacanya dengan sukun.

Wajah-wajah qura’ dalam ayat :
*Syu’bah mendatangkan ya maftuhah ketika wasol pada kalimah ( يعباد لاخوف عليكم اليوم ) di atas. Beliau akan mensukunkan ya ketika waqaf.
*Hafs, Hamzah, Kisaie dan Ibnu A’mir menghazafkan ya pada kalimah tersebut dalam kedua-dua keadaan waqaf dan wasol.
*Nafi’, Abu A’mru dan Ibnu A’mir mendatangkan ya sakinah ketika waqaf dan wasol.

Dalil As-Syatibi :
33.وفتح ولي فيها لورش وحفصهم ومالي في يس سكن فتكملا

Penerangan :
*Warsh dan Hafs membaca ya dengan baris fathah dalam) ولي فيها مآرب أخرى ) Surah Taha. Ya tersebut akan dibaca dengan sukun oleh selain daripada mereka berdua.
*Hamzah mensukunkan ya dalam ( وما لى لآ أعبد ) Surah Yaasin, selainnya akan membaca ya tersebut dengan baris fathah.

Friday, October 24, 2008

waqaf pada akhir kalimah

Waqaf dari segi :
• Bahasa : berhenti atau menahan.
• Istilah : menghentikan sementara bunyi sesuatu kata, sehingga memungkinkan
untuk bernafas,berhenti dari memberi harakat/baris pada huruf.

والاسكان أصل الوقف وهو اشتقاقه من الوقف عن تحريك حرف تعزلا

• Asal waqaf adalah sukun ( السكون )
• Ar-raum dan Al-Isymam adalah daripada cabang/wajah waqaf.

وعند أبى عمرو وكوفيون به من الروم والإشمام سمت تجملا
وأكثر أعلام القران يراهما لسائرهم أولى العلائق مطولا

• Abu Amru dan AL-KUFIYYUN mewaqafkan bacaan dengan dengan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam berdasarkan riwayat yang baik.
• Sebahagian besar Ahlul Ada mewaqafkan dengan bacaan Ar-Raum dan Al-
Isymam untuk seluruh Imam Qiraat.

KESIMPULAN

• Seluruh Imam Qiraat ( Imam Tujuh ) membolehkan menggunakan bacaan Ar-
Raum dan Al-Isymam ketika waqaf pada suatu bacaan.
• Hanya Imam Abu Amru dan AL-KUFIYYUN( ASIM, HAMZAH, KISAIE ) mempunyai
nas yang bagus dan jelas.
• Baqi Qurra’ iaitu Nafi’, Ibnu Kasir dan Ibnu Amir, walaupun tidak mempunyai nas,
namun oleh kerana sebahagian Ahlul Ada daripada mereka menggunakannya,
maka bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam masih tetap digunakan.














AR-RAUM ( الروم )
Ar-Raum ialah memperdengarkan bunyi harakat/baris huruf yang hendak diwaqafkan dengan suara lemah ketika waqaf, sehingga orang berdekatan atau bersebelahan sahaja yang memungkinkan untuk mendengarnya.
Dalil Syatibiyyahnya:

ورومك إسماع المحرك واقفا بصوت خفي كل دان تنولا

Bacaan Ar-Raum terjadi apabila:
Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah atau kasrah.
Bacaan Ar-Raum hanya ketika waqaf.
Hanya sepertiga bunyi huruf asal dapat didengar.
Hanya orang yang berdekatan pembaca Al-Quran dapat mendengarnya.


AL-ISYMAM ( الإشمام )
Al-Isymam ialah memucungkan kedua-dua bibir tanpa suara ketika mewaqafkan bacaan,serta merta mengiring seleas sukunnya huruf.
Dalil Syatibiyyahnya:

والإشمام إطباق الشفاه بعيدما يسكن لا صوت هناك فيصحلا
Syarat-syaratnya:
Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah.
Huruf diwaqafkan menjadi sukun.
Memuncungkan kedua bibir tanpa suara serta merta selepas mensukunkan huruf.
Bacaan Isymam tak diketahui oleh orang yang buta.


وفعلها في الضم والرفع وارد ورومك عند الكسر والجر وصلا

• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris dhommah,
seluruh Imam Qiraat mempunyai 3 wajah:
As-Sukun
Al-Raum
Al-Isymam










• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris kasrah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 2 wajah:
As-Sukun
Ar-Raum

• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris fathah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 1 wajah/bacaan,iaitu As-Sukun.

وفي هاء تأنيث وميم الجميع قل وعارض شكل لم يكون ليدخلا
وفي الهاء للاضمار قوم أبو هما ومن قبله ضم أو الكسر مثلا
أوا ما هما واو وياء وبعضهم يرى لهما فى كل حال محللا
• Bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam tidak boleh digunakan pada Ha’ Ta’ nis, Mim
Jama’ dan harakat yang mendatang( ‘Arid ).

1. Ha’ Ta’ nis
a) Ta’ marbutoh( tidak boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam)
contoh: رحمة- نعمة

b) Ta’ Ta’ nis terbuka( boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam bagi
imam yang waqaf dengan ta’ )
contoh: ورحمت – بقيت الله

2. Mim Jama’
contoh: عليكم

3. Harakat yang mendatang( ‘Arid )
contoh: فلينظر الإنسان

• Sebahagian Ahlul Ada melarang menggunakan bacaan Ar-Raum mahupun Al-
Isymam pada Ha’ Dhamir, apabila sebelumnya berupa dhommah,kasrah/ waw
sukun, ya sukun.
• Namun sebahagian Ahlul Ada yang lain tetap menggunakan bacaan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam pada Ha’ Dhamir,dalam semua keadaan.






WAQAF PADA TULISAN MUSHAF USMANY
__________________________________________________________________________

وكوفيهم والمزني ونافع عنوان باتباع الخط فى وقف الابتلا
ولابن كثير يرتضى وابن عامر وما اختلفوا فيه حر أن يفصلا
إذا كتبت بالتاء هاء مؤنث فبالهاء قف حقا رضى ومعولا
وفي اللات مع مرضات مع ذات بهجة ولات رضى هيهات هاديه رفلا

• AL-KUFIYYUN, AL-MAZINY( Abu Amru ) dan Nafi’ mengharuskan mengikut
Resam Usmany ketika waqaf dalam dua keadaan:
وقف إختباري
وقف إضطراري

• Ibnu Kasir, Abu Amru dan Al-kisaie mewaqafkan Ha’ Ta’ nis yang ditulis ta’ dalam
mushaf Usmany dengan ha’.
• Baqi Qurra’ tetap membaca dengan ta’ seperti kaedah asalnya.
• Adapun tempat-tempat Ha’ Ta’ nis dalam mushaf seperti berikut:
Lafaz رحمت ; 7 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Al-Baqarah ayat 218
Lafaz نعمت ; 11tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Al-Baqarah ayat 231
Lafaz سنت ; 5 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Fatir ayat 43
Lafaz امرأت ; 7 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Ali Imran ayat 35
Lafaz بقيت ; surah Hud ayat 86
Lafaz قرت; surah Al-Qasas ayat 9
Lafaz فطرت; surah Ar-Rum ayat 30
Lafaz شجرت; surah Ad-Dukhan ayat 43
Lafaz لعنت; surah An-Nur ayat 7
Lafaz ابنت ; surah At-Tahrim ayat 12
Lafaz جتت ; surah Al-Waqiah ayat 89
Lafaz معصيت ; surah Al-Mujadalah ayat 8 dan 9
Lafaz كلمت ; surah Al-A’raf ayat 115

• Al-kisaie mewaqafkan dengan ha’ kalimah berikut:
اللت – مرضات – ذات – ولات
• Al-Bazzi dn Al-Kisaie mewaqafkan dengan ha’ pada kalimah هيهات

وقف يا أبه كفوا دنا وكأين الوقوف بنون وهو بالياء حصلا
ومال لدى الفرقان والكهف والنساء وسال على ماحج والخلف رتلا
ويا أيها فوق الدخان وأبها لدى النور والرحمن رافقن حملا
وفي الها على الإتباع ضم ابن عامر لدى الوصل والمرسوم فيهن أخيلا

• Ibnu Amir dan Ibnu Kasir mewaqafkan يأبت dengan bacaan يأبه .
• Pada lafaz كأين,semua Imam Qiraat mewaqafkan dengan ‘nun’,kecuali Abu
Amru dan Ibnu Amir mewaqafkan dengan ‘ya’.

• Lafaz مال yang terdapat dalam surah Al-Furqan, Al-Kahfi, An-Nisa, dan Al-Maarij,
Abu Amru mewaqafkan pada ما , sedangkan Al-Kisaie terdapat khilaf.

• Al-Kisaie dan Abu Amru mewaqafkan يأيه dengan bacaan يأيها, iaitu kekalkan alif.
• Ibnu Amir membaca أيه dengan dhommah ha’ apabila wasal.







وقف ويكأنه ويكأن برسمه وبالياء قف رفقا وبالكاف حللا
وأيا بأياما شفا وسواهما بما وبوادى النمل باليا سنا تلا
وفيمه وممه قف وعمه لمه بمه بخلف عن البزى وادفع مجهولا


• Al-Kisaie apabila waqaf pada ويكأنه – ويكأن ,membaca dengan وى ,iaitu
ya’,sedangkan Abu Amru membaca dengan bacaan ويك ,iaitu kaf.

• Hamzah dan Al-Kisaie mewaqafkan lafaz أياما pada أيا ,sedangkan selain mereka
waqaf pada ما .
• Untuk lafaz واد dalam surah An-Naml ,Abu Haris dan Duri Kisaie waqaf
menggunakan huruf ya.
• Lafaz لم - عم – مم - فيم - بم dibaca dengan bacaan لمه - عمه – ممه – فيمه - بمه oleh Al-Bazzi ketika waqaf ,namun bacaannya terdapat khilaf.


Anis Sakinah

maksud ha`

Maksud Ha’ Ta’nis : Huruf Ta’ yang berada di akhir kalimah dan membawa maksud isim.(رحمة نعمة)

Imam kisaei akan mengimalahkan Ha’ ketika waqaf,tidak kira sama ada huruf tersebut Ta’ berbaris fathah atau sukun.
Kisaei mempunyaj 2 mazhab pada imalah Ha’ Ta’nis ketika waqaf iaitu:
Mazhab Tafsili
Mazhab Ijmali


Imam kisaei akan mewaqafkan 5 huruf ini dengan megimalahkan bacaannya iaitu:

Alif
Kaf
Ha’
Ra’


Imam kisaei mewaqafkan Ha’Ta’nis dengan 3 syarat:
1)Sebelum Huruf di atas (akhar)terdapat huruf yang berbaris sukun dalam satu kalimah(الأخرة،الملأئكة)
2)Sebelum huruf di atas (akhar) terdapat huruf ya’ yang berbaris sukun(كهينة)
3) Sebelum huruf di atas (akhar) terdapat huruf yang berbaris sukun,dan sebelum huruf yang berbaris sukun itu terdapat huruf yang berbaris kasroh dalam satu kalimah(وجهة،لعبرة).

ummul quran(surah al-fatihah)

بسم الله الرّحمن الرّحيم...
الحمد لله ربّ العلمين...الرّحمن الرّحيم...ملك يوم الدّين...ايّا ك نعبد وايّا ك نستعين...
اهدنا الصّرط المستقيم...صرط الّذين انعمت عليهم عيرالمغضوب عليهم ولا الضّآ لّين...

1. Kalimah ملك dibaca dengan 2 wajah:
A'sim & Kisaie kekalkan huruf "alif mad" selepas huruf "mim" pada kalimah ملك
Qura' yang lain membaca dengan membuang huruf "alif mad" pada kalimah ملك

2. Kalimah صراط & الصراطdibaca dengan 3 wajah:
Diriwayatkan oleh Qunbul dari Ibnu Kathir: membaca dengan (س ) pada kalimah سراط & السراط


Diriwayatkan oleh Kholaf dari Hamzah: membaca dengan ishmam pada kedua-dua huruf ( ص ) pada kalimah صراط & الصراطmanakala diriwayatkan oleh Khallad dari Hamzah: membaca dengan ishmam pada huruf ( ص ) dalam kalimah yang pertama manakala pada kalimah yang kedua huruf ( ص ) dibaca seperti biasa.
Baqi' qura' (Nafi',Ibnu Kathir riwayat Bazzi,Abu A'mru,Ibnu A'mir,A'sim & Kisaie): membaca dengan ( ص ) seperti biasa.

3. Kalimah عليهم dibaca dengan 3 wajah:
Hamzah mendhommahkan huruf "ha" pada 3 kalimah di bawah sama ada ketika waqaf @ wasol:
Þ A'laihim = A'laihum
Þ Ilaihim = Ilaihum
Þ Ladaihim = Ladaihum

Baqi' qura' membaca pada 3 lafaz tersebut seperti biasa dengan mengkasrahkan huruf "ha".





Mazhab Qura' pada silah mim jama' adalah seperti berikut:
-Ibnu Kathir silah mim jama' dengan kadar 2 harkat.
-Qalun silah bi khilaf dengan 2 wajah iaitu (silah dengan kadar 2 harkat) atau (sukun).Jika selepas mim jama' bertemu hamzah qata',Qalun boleh membaca dengan 2 wajah iaitu silah dengan kadar 2 harkat atau 4,5 harkat.
-Warsh silah mim jama' dengan kadar 6 harkat dengan syarat selepas mim jama' bertemu hamzah qata'.Jika tiada hamzah qata' maka tiada silah.
-Baqi qura' akan mensukunkan mim jama' yang selepasnya berbaris.




























Idgham kabir

-Ta'rif:
Bahasa: memasukkan
Istilah: memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris seolah-olah menjadi satu huruf yang bertasydid.

-Idgham terbahagi kepada 2 bahagian:
1. Idgham kabir - berlaku apabila dua huruf yang berbaris bertemu. 2.Idgham soghir- berlaku apabila huruf yang pertama sukun dan huruf yang kedua berbaris.

Abu A'mru membaca dengan idgham kabir dan daripada 2 perawinya,hanya Susi yang membaca dengan idgham kabir.
Ad-Durri membaca dengan izhar pada idgham kabir seperti imam-imam lain (Baqi Qura')




Susi hanya membaca dengan idgham kabir yang terdapat 2 huruf yang sama di dalam 1 kalimah pada 2 tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu:
- منسككمdibaca dengan منسككم (surah al-baqarah)
- ما سلككم dibaca dengan ما سلككم (surah al-muddassir)
Susi membaca dengan idgham kabir apabila 2 huruf yang sama dan kedua-duanya berbaris bertemu di dalam 2 kalimah.
Contoh: يعلم ما dibaca dengan يعلم ما
Jika sekiranya pada kalimah yang pertama itu ada huruf Mad Asli atau Mad Lin,maka Susi boleh membacanya dengan 3 wajah:
þ 2 harkat (القصر )
þ 4 harkat (التوسط )
þ 6 harkat (المد )





Sama seperti membaca Mad A'ridh lisukun.
Contoh – Mad Asli – فيه هدي
- Mad Lin – ويقوم من
· Susi tidak membaca dengan idgham kabir pada 4 sebab:
1. Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf "ta mutakallim"
Contoh: كنت ترابا
2. Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf "ta mukhattob"
Contoh: افا نت تكردانذاس
3. Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah bertanwin.
Contoh: واسع عليم
4. Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah bertasydid.
Contoh: فتم ميقا ت

bab bacaan ahli qurra` mengenai huruf ra`

v Seluruh ulama’ Qiraat besepakat bacaan pada huruf ra’ untuk dibaca dengan tebal atau nipis mengikut keadaan tertentu :

Ra’di tebalkan pada fathah atau dommah dengan syarat:

Ra’ sukun sebelum bebaris fathah.
Ra’sukun sebelumnya bebaris dommah.
Ra’sebelumnya sukun dan selepasnya fathah atau dommah.
Ra’dibaca tebal apabila berbaris fathah.
Ra’dibaca tebal apabila berbaris dommah.
Ra’sebelumnya sukun dan selepasnya dommah.

vDan dikecualikan pula pada Ra’ yg sebelumnya huruf ي cth:

v Dan diharuskan pula 2 wajah dibaca pada 2 keadaan dimana sebelumnya huruf Ra’ adalah huruf isti’lak.cth:
surah As-Saba’pada kalimah (القطر)

Ra’ dibaca nipis pd keadaan yg berikut:
Ra’ bebaris kasroh.
Ra’ sukun sebelumnya kasroh.
Ra’ sukun disebabkan waqaf dan yg sebelum sukun dan sebelum sukun kasroh.cth: pada kalimah(السحر)
v Adapun dikecualikan pd Ra’ yg sebelumnya bebaris adalah bebaris kasroh yg bkn asli cth: pada kalimah (ارجعي)
vBegitulah juga dgn selepas Ra’ itu tedapat huruf isti’lak dibaca tebal.
Huruf isti’lak: قط,ع,ض,ي,ص,خ,
vAdapun diharuskan dibaca dengan 2 keadaaniaitu tebal atau nipis pada kalimah ini sahaja.cth:(فرق) .disebabkan huruf isti’lak kasroh.
vRiwayat warsh pula mempunyai hokum dan cara bacaan Ra’ yg khusus :
warsh mensyaratkan Ra’ mesti fathah atau dommah dgn syarat:

1)Ra’ fathah atau dommah sebelumnya huruf ya bebaris sukun.
2)Ra’ sebelumnya huruf kasroh.
3)Ra’ sebelumnya sukun selain huruf isti’lak kecuali خ sahaja dibaca nipis.

Dalil Imam as-Syatibi:

ورقق(ورش)كل راء وقبلها مسكنه ياء أو الكسر موصلا
ولم يرفصلا ساكنا بعد كسرة سوى حرف الاستعلاسوى الخاف فكملا


vWarsh mbaca Ra’ nipis jika Ra’ berulang sebanyak 2 kali.
v warsh mbaca dgn tebal pada kalimah: (ذكرا)
Warsh tebalkan Ra’ pada 3 keadaan:

Tebal pada Ra’yg sebelumnya mempunyai huruf ص pada kalimah2 ini sahaja.(ﺇصر) (مصر) (ﺇصهم)
Tebal pada Ra’ yg sebelumnya mempunyai huruf ط pada kalimah ini sahaja(فطرت) (قطرا)
Tebal pada Ra’yg esbelumnya mempunyai huruf ق pada kalimah ini sahaja(وقرا)

vWarsh baca tebal pd yg mana sebelumnya huruf bebaris sukun dan sebelumnya huruf berbaris sukun baris kasrah pada kalimah2 yg bkn dari kalimah arab.(ﺇسرائيل-عمران - ﺇبراهيم )
Dalil As-syatibi:
وفخمها فى الأعجمي وفي ارم وتكريرها حتى يرى متعدلا

# Warsh membaca dengan khilaf iaitu membaca tebal atau nipis pada kalimah:pada kalimah (حيران) surah Al-ana’m



Bab Bacaan Ahli Qurra’ Mengenai
Huruf Ra’

v Seluruh ulama’ Qiraat besepakat bacaan pada huruf ra’ untuk dibaca dengan tebal atau nipis mengikut keadaan tertentu :

Ra’di tebalkan pada fathah atau dommah dengan syarat:

Ra’ sukun sebelum bebaris fathah.
Ra’sukun sebelumnya bebaris dommah.
Ra’sebelumnya sukun dan selepasnya fathah atau dommah.
Ra’dibaca tebal apabila berbaris fathah.
Ra’dibaca tebal apabila berbaris dommah.
Ra’sebelumnya sukun dan selepasnya dommah.

vDan dikecualikan pula pada Ra’ yg sebelumnya huruf ي cth:

v Dan diharuskan pula 2 wajah dibaca pada 2 keadaan dimana sebelumnya huruf Ra’ adalah huruf isti’lak.cth:
surah As-Saba’pada kalimah (القطر)

Ra’ dibaca nipis pd keadaan yg berikut:
Ra’ bebaris kasroh.
Ra’ sukun sebelumnya kasroh.
Ra’ sukun disebabkan waqaf dan yg sebelum sukun dan sebelum sukun kasroh.cth: pada kalimah(السحر)
v Adapun dikecualikan pd Ra’ yg sebelumnya bebaris adalah bebaris kasroh yg bkn asli cth: pada kalimah (ارجعي)
vBegitulah juga dgn selepas Ra’ itu tedapat huruf isti’lak dibaca tebal.
Huruf isti’lak: قط,ع,ض,ي,ص,خ,
vAdapun diharuskan dibaca dengan 2 keadaaniaitu tebal atau nipis pada kalimah ini sahaja.cth:(فرق) .disebabkan huruf isti’lak kasroh.
vRiwayat warsh pula mempunyai hokum dan cara bacaan Ra’ yg khusus :
warsh mensyaratkan Ra’ mesti fathah atau dommah dgn syarat:

1)Ra’ fathah atau dommah sebelumnya huruf ya bebaris sukun.
2)Ra’ sebelumnya huruf kasroh.
3)Ra’ sebelumnya sukun selain huruf isti’lak kecuali خ sahaja dibaca nipis.

Dalil Imam as-Syatibi:

ورقق(ورش)كل راء وقبلها مسكنه ياء أو الكسر موصلا
ولم يرفصلا ساكنا بعد كسرة سوى حرف الاستعلاسوى الخاف فكملا


vWarsh mbaca Ra’ nipis jika Ra’ berulang sebanyak 2 kali.
v warsh mbaca dgn tebal pada kalimah: (ذكرا)
Warsh tebalkan Ra’ pada 3 keadaan:

Tebal pada Ra’yg sebelumnya mempunyai huruf ص pada kalimah2 ini sahaja.(ﺇصر) (مصر) (ﺇصهم)
Tebal pada Ra’ yg sebelumnya mempunyai huruf ط pada kalimah ini sahaja(فطرت) (قطرا)
Tebal pada Ra’yg esbelumnya mempunyai huruf ق pada kalimah ini sahaja(وقرا)

vWarsh baca tebal pd yg mana sebelumnya huruf bebaris sukun dan sebelumnya huruf berbaris sukun baris kasrah pada kalimah2 yg bkn dari kalimah arab.(ﺇسرائيل-عمران - ﺇبراهيم )
Dalil As-syatibi:
وفخمها فى الأعجمي وفي ارم وتكريرها حتى يرى متعدلا

# Warsh membaca dengan khilaf iaitu membaca tebal atau nipis pada kalimah:pada kalimah (حيران) surah Al-ana’m

bab fathah imalah dan taqlil

Takrif fathah: membuka mulut ketika membaca @ menyebut huruf
Al-quran.

Takrif Imalah: Seumpama menyerupai bunyi hamzah dan hampir
Fathah.

Takrif Taqlil:peringkat pertengahan yang seumpama imalah dan
Hampir kepada bunyi fathah.

Takrif fathah dan imalah: pada keseluruhannya bermaksud kedua-
Dua merupakan bahasa sahih diturunkan bersamanya akan al-quran.


# Imalah: Imam Hamzah dan Kisaei mengimalahkan sepenuhnya:

Contoh kalimah bagi isim bagi Alif ke dalam Ya’:


الهدى تثني الهديان
مأوى تثني المأويان
الهوى تثني الهويان
مثوى تثني مسويان

Contoh Kalimah bagi feel kepada Ta’mutakkallim atau muqatob:



اشترى تقول اشتريت-اشتريت
سعى تقول سعيت-سعيتو
ابى تقول ابيت-ابيتو
اجتبى تقول اجتبيت-اجتبيت

Apabila alif di tukarkan kepada wau maka ia tidak di imalahkan.


الصفا تقول الصفوان
عصا تقول عصو ان
سنا تقول سنوان
ابا تقول ابوان
شفا تقول شفوان


Pendapat Ahli Qura’ Mengenainya :

*Imam ibnu kasir berpendapat bahawa tiada bacaan imalah dalam qiraatnya.

*Ibnu Amir,Asim,dan qolun mempunyai sedikit bacaan imalah di dalam qiraat mereka.

*Imam warsy mempunyai pembacaan taqlil yang paling banyak didalam qiraatnya dan hanya satu tempat sahaja. Iman warsy membaca imalah iaitu pada lafaz ) طه ) di dalam surah ( طه ).

*Imam Abu amru mempunyai bacaan imalah dan taqlil sama banyak di dalam qiraatnya.



# paling banyak imalah ialah hamzah dan kisai.

# paling banyak taqlil warsy.





Pada kalimah yang terdapat alif kecil yang berada di awal atau di pertengahan ayat,hanya kisae sahaja mengimalahkannya.



Berikut adalah surah-surah yang di imalahkan pada akhir ayat oleh imam hamzah dan kisae.;


* surah tohaa
* surah An-najm
* surah Ma’arij
* surah qi amah
* surah Annaziat
* surah Abasa
* surah A’la
* surah As-syam
*surah Al-lail
*surah dhuba
*surah a’laq