Friday, October 24, 2008

ummul quran(surah al-fatihah)

بسم الله الرّحمن الرّحيم...
الحمد لله ربّ العلمين...الرّحمن الرّحيم...ملك يوم الدّين...ايّا ك نعبد وايّا ك نستعين...
اهدنا الصّرط المستقيم...صرط الّذين انعمت عليهم عيرالمغضوب عليهم ولا الضّآ لّين...

1. Kalimah ملك dibaca dengan 2 wajah:
A'sim & Kisaie kekalkan huruf "alif mad" selepas huruf "mim" pada kalimah ملك
Qura' yang lain membaca dengan membuang huruf "alif mad" pada kalimah ملك

2. Kalimah صراط & الصراطdibaca dengan 3 wajah:
Diriwayatkan oleh Qunbul dari Ibnu Kathir: membaca dengan (س ) pada kalimah سراط & السراط


Diriwayatkan oleh Kholaf dari Hamzah: membaca dengan ishmam pada kedua-dua huruf ( ص ) pada kalimah صراط & الصراطmanakala diriwayatkan oleh Khallad dari Hamzah: membaca dengan ishmam pada huruf ( ص ) dalam kalimah yang pertama manakala pada kalimah yang kedua huruf ( ص ) dibaca seperti biasa.
Baqi' qura' (Nafi',Ibnu Kathir riwayat Bazzi,Abu A'mru,Ibnu A'mir,A'sim & Kisaie): membaca dengan ( ص ) seperti biasa.

3. Kalimah عليهم dibaca dengan 3 wajah:
Hamzah mendhommahkan huruf "ha" pada 3 kalimah di bawah sama ada ketika waqaf @ wasol:
Þ A'laihim = A'laihum
Þ Ilaihim = Ilaihum
Þ Ladaihim = Ladaihum

Baqi' qura' membaca pada 3 lafaz tersebut seperti biasa dengan mengkasrahkan huruf "ha".





Mazhab Qura' pada silah mim jama' adalah seperti berikut:
-Ibnu Kathir silah mim jama' dengan kadar 2 harkat.
-Qalun silah bi khilaf dengan 2 wajah iaitu (silah dengan kadar 2 harkat) atau (sukun).Jika selepas mim jama' bertemu hamzah qata',Qalun boleh membaca dengan 2 wajah iaitu silah dengan kadar 2 harkat atau 4,5 harkat.
-Warsh silah mim jama' dengan kadar 6 harkat dengan syarat selepas mim jama' bertemu hamzah qata'.Jika tiada hamzah qata' maka tiada silah.
-Baqi qura' akan mensukunkan mim jama' yang selepasnya berbaris.




























Idgham kabir

-Ta'rif:
Bahasa: memasukkan
Istilah: memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris seolah-olah menjadi satu huruf yang bertasydid.

-Idgham terbahagi kepada 2 bahagian:
1. Idgham kabir - berlaku apabila dua huruf yang berbaris bertemu. 2.Idgham soghir- berlaku apabila huruf yang pertama sukun dan huruf yang kedua berbaris.

Abu A'mru membaca dengan idgham kabir dan daripada 2 perawinya,hanya Susi yang membaca dengan idgham kabir.
Ad-Durri membaca dengan izhar pada idgham kabir seperti imam-imam lain (Baqi Qura')




Susi hanya membaca dengan idgham kabir yang terdapat 2 huruf yang sama di dalam 1 kalimah pada 2 tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu:
- منسككمdibaca dengan منسككم (surah al-baqarah)
- ما سلككم dibaca dengan ما سلككم (surah al-muddassir)
Susi membaca dengan idgham kabir apabila 2 huruf yang sama dan kedua-duanya berbaris bertemu di dalam 2 kalimah.
Contoh: يعلم ما dibaca dengan يعلم ما
Jika sekiranya pada kalimah yang pertama itu ada huruf Mad Asli atau Mad Lin,maka Susi boleh membacanya dengan 3 wajah:
þ 2 harkat (القصر )
þ 4 harkat (التوسط )
þ 6 harkat (المد )





Sama seperti membaca Mad A'ridh lisukun.
Contoh – Mad Asli – فيه هدي
- Mad Lin – ويقوم من
· Susi tidak membaca dengan idgham kabir pada 4 sebab:
1. Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf "ta mutakallim"
Contoh: كنت ترابا
2. Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf "ta mukhattob"
Contoh: افا نت تكردانذاس
3. Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah bertanwin.
Contoh: واسع عليم
4. Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah bertasydid.
Contoh: فتم ميقا ت

No comments: