Friday, October 24, 2008

bab fathah imalah dan taqlil

Takrif fathah: membuka mulut ketika membaca @ menyebut huruf
Al-quran.

Takrif Imalah: Seumpama menyerupai bunyi hamzah dan hampir
Fathah.

Takrif Taqlil:peringkat pertengahan yang seumpama imalah dan
Hampir kepada bunyi fathah.

Takrif fathah dan imalah: pada keseluruhannya bermaksud kedua-
Dua merupakan bahasa sahih diturunkan bersamanya akan al-quran.


# Imalah: Imam Hamzah dan Kisaei mengimalahkan sepenuhnya:

Contoh kalimah bagi isim bagi Alif ke dalam Ya’:


الهدى تثني الهديان
مأوى تثني المأويان
الهوى تثني الهويان
مثوى تثني مسويان

Contoh Kalimah bagi feel kepada Ta’mutakkallim atau muqatob:



اشترى تقول اشتريت-اشتريت
سعى تقول سعيت-سعيتو
ابى تقول ابيت-ابيتو
اجتبى تقول اجتبيت-اجتبيت

Apabila alif di tukarkan kepada wau maka ia tidak di imalahkan.


الصفا تقول الصفوان
عصا تقول عصو ان
سنا تقول سنوان
ابا تقول ابوان
شفا تقول شفوان


Pendapat Ahli Qura’ Mengenainya :

*Imam ibnu kasir berpendapat bahawa tiada bacaan imalah dalam qiraatnya.

*Ibnu Amir,Asim,dan qolun mempunyai sedikit bacaan imalah di dalam qiraat mereka.

*Imam warsy mempunyai pembacaan taqlil yang paling banyak didalam qiraatnya dan hanya satu tempat sahaja. Iman warsy membaca imalah iaitu pada lafaz ) طه ) di dalam surah ( طه ).

*Imam Abu amru mempunyai bacaan imalah dan taqlil sama banyak di dalam qiraatnya.



# paling banyak imalah ialah hamzah dan kisai.

# paling banyak taqlil warsy.





Pada kalimah yang terdapat alif kecil yang berada di awal atau di pertengahan ayat,hanya kisae sahaja mengimalahkannya.



Berikut adalah surah-surah yang di imalahkan pada akhir ayat oleh imam hamzah dan kisae.;


* surah tohaa
* surah An-najm
* surah Ma’arij
* surah qi amah
* surah Annaziat
* surah Abasa
* surah A’la
* surah As-syam
*surah Al-lail
*surah dhuba
*surah a’laq

No comments: