Friday, October 24, 2008

bab lammad

Imam warsh menebalkan huruf lam yg berbaris fathah sama ada bertasydid ataupun tidak bertasydid.

Contoh:
Lam yang berbaris dommah:يصلون
Lam yang berbaris fathah: لأصلبكم
Lam yang berbaris kasroh:صلصل

2)Warsh baca tebal huruf lam ditengah atau di akhir kalimah.

Contoh:
Lam di tengah kalimah: صلصل
Lam di akhir kalimah:لأصلبكم

# Dengan syarat:

Datang 3 huruf iaitu huruf sod,tho dan zho yang berbaris fathah atau sukun selepasnya huruf lam.

# Lam di baca tebal:

-Pada lafaz Al-jalalah iaitu kalimah Allah walaupun dimasuki mim yang bertasydid dihujungnya.

Contohnya:

Surah Al-ikhlas: الله
Surah Al-Imran:اللهم



# Lam tidak di baca tebal

-Apabila datangnya huruf Lam yg dommah seperti (يصلون) atau Lam yang kasroh(ان يصلحا) atau Lam yang sukun.

Bahagian Ittifaq Qura’ (Semua Imam Qiraat bersepakat)

3)Dibaca taghliz apabila huruf yang bebaris fathah@dommah sebelumnya.
Contoh:
سبحنك اللهم : Surah yunus
يعلم الله :surah al-ahzab
وءاذا قالوااللهم :Surah Al-Anfal

Kata Imam Ibnu al-Jazar

فخم اللم من آسم الله عن فتح أو ضم كبعد الله

"Maka tebalkan olehmu akan lam pada lafaz al-jalalah yang didahului baris dommah seperti”

4)Dibaca tarqiq apabila didahului huruf berbaris kasroh.
Contoh:
Surah al-fatihah
Surah Ali-Imran

Kata Imam syatibi:

“Dan setiap lam pada lafaz Al-jalalah yang berada selepas baris kasroh hendaklah dinipiskan ia sehinggalah disukai apa yang dibaca”

No comments: